Sunday, April 14, 2013

Hobi yang tak seberapa nk hobi

Assalamualaikum

Aku rasa aku dah jumpa hobi aku yang sebenar. Dah hidup dekat 22 tahun baru jumpa hobi, pelikkan.. Selepas berjinak-jinak dengan android nih, aku lebih suka membaca artikel-artikel dan menonton video tutorial untuk meningkatkan lagi performance telefon pintar nih. Dah nama pon hobikan, so takda lah aku buang masa aku dok godek-godek telefon je.

Sebagai student, aku cuba seimbangkan masa sosial, belajar, hobi dengan sukan. Barulah hidup lebih produktif dan inn sya Allah melahirkan generasi yang seimang dari semua sudut. Amboih ayat, kemain lagih..hahaha..

untuk post kali ini, aku nak saja nak show off aku punya telefon lock screen, home screen, dengan apps aku.

untuk lockscreen ni, aku gunakan widget locker. barcode kat bawah tuh untuk battery indicator, untuk jam dengan tarikh, aku gunakan minimalistic text dan yang 17 degree tuh aku gunakan eye in sky apps. background tuh tah mana aku rembat pon aku dah lupe ..hehe


ni adalah home screen yang di reka khas oleh aku sendiri, nampak simple dan noob tapi tak kesah lah..aku nak tunjuk jugak. Aku gunakan nova launcher prime. jam tuh adalah bob clock d3 widget, yang 29% tuh pulak battery widget reborn, forcast kat bawah tuh pulak eye on sky. untuk dock kat bawah tuh pulak aku gunakan simple text ganti icon. untuk apps kat atas tuh nampak mcm katun icon an..tuh pulak aku gunakan miui icon

dan yang terakhir, ini sume adalah aku punya application. nova launcer prime, dengan miui icon menghasilkan apps yang berwajah sebegini.

aku rasa itu lah dulu untuk setakat ini. nanti aku akan bagi review untuk software yang aku gunakan pulak.

Samsung Galaxy Note 2
hawkish room
android 4.1.2

wassalam
-Ubaidillah Zulkefli-

Tuesday, April 9, 2013

Kahero (kaherah + cairo)

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk bulan April. Ini bermakna peperiksaan final bagi medical students Tanta University dah semakin hampir. Walaupon exam dah dekat, kehidupan perlulah diteruskan. Bukan lah bermakna study je 24/7 . Tuntutan rohani dan jasmani pon haruslah di bahagi sama rata. Bukan nak cakap study tuh tak penting, tapi benda lain jugak penting. So kita yang buat apa yang kita nak, pandai-pandailah pilih dan bahagikan masa.

Dalam minggu lepas, aku ke kota Kaherah menyertai rombongan bola sepak Tanta. Aku tak main pon, pergi untuk sekadar menyokong. Niat hati nak sangat main,tapi apakan daya. Ada siapa-siapa nak derma anterior cruiate ligament dengan 17K tak?? kalau ada, jasa baik saudara saudari aku sangat-sangat hargai.


inilah rupa padang yang menyatukan semua muahafazah dalam satu masa. walaupun tak lah lawa mana padangnya tapi boleh lah jugak buat satukan ummat-ummat Muhammad


Dalam tengah hari gitu aku bergerak ke International bwoling center. Pada waktu tu bola sepak tak habis lagi, disebabkan aku dah daftarkan diri nak menyertai kejohanan bowling batch yang diadakan tiap2 tahun aku terpaksa bergerak. Aku ni takda lah power mane pon main boling tuh, saja-saja main nak bagi saingan kat orang lain.

game first, team aku yang diwakili 5 orang nih memang on form, baling jek bola memang bersepai segala pin-pin yang ada. Untuk first set tuh kteorg pegang. masa second set, kteorg ditukarkan ke lane yang lain. Betol-betol sebelah peserta perempuan. Dem wa cakap lu, ntah segan ke ape, semua satu team aku flop. Baling bola macam dah taknak main.. Untuk set kedua tuh kteorg hanya redho jela. Ye lakan Redho tuh ikhlas pasrah itu menyerah bak kata ombak rindu..hahaha

keputusan perlawanan boling tuh aku tak pasti sebab pihak penganjur masih belum lagi mengeluarkan senarai pemenang. Takpe lah, ada rezki mng kalau takde cuba lagi tahun hadapan


ni lah team aku masa perlawanan hari tuh. Dari kiri yus, bambil, Aku, Makwe, abon
aku kalau jalan jauh2 memang suka pakai slipar je. senang nak ambil wuduk. =P

Aku akan menghadapi peperiksaan pertama pada 28/4/2013
mohon doa daripada readers sekalian semoga aku memperoleh kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

wassalam
-ubaidillah zulkefli-