Sunday, April 14, 2013

Hobi yang tak seberapa nk hobi

Assalamualaikum

Aku rasa aku dah jumpa hobi aku yang sebenar. Dah hidup dekat 22 tahun baru jumpa hobi, pelikkan.. Selepas berjinak-jinak dengan android nih, aku lebih suka membaca artikel-artikel dan menonton video tutorial untuk meningkatkan lagi performance telefon pintar nih. Dah nama pon hobikan, so takda lah aku buang masa aku dok godek-godek telefon je.

Sebagai student, aku cuba seimbangkan masa sosial, belajar, hobi dengan sukan. Barulah hidup lebih produktif dan inn sya Allah melahirkan generasi yang seimang dari semua sudut. Amboih ayat, kemain lagih..hahaha..

untuk post kali ini, aku nak saja nak show off aku punya telefon lock screen, home screen, dengan apps aku.

untuk lockscreen ni, aku gunakan widget locker. barcode kat bawah tuh untuk battery indicator, untuk jam dengan tarikh, aku gunakan minimalistic text dan yang 17 degree tuh aku gunakan eye in sky apps. background tuh tah mana aku rembat pon aku dah lupe ..hehe


ni adalah home screen yang di reka khas oleh aku sendiri, nampak simple dan noob tapi tak kesah lah..aku nak tunjuk jugak. Aku gunakan nova launcher prime. jam tuh adalah bob clock d3 widget, yang 29% tuh pulak battery widget reborn, forcast kat bawah tuh pulak eye on sky. untuk dock kat bawah tuh pulak aku gunakan simple text ganti icon. untuk apps kat atas tuh nampak mcm katun icon an..tuh pulak aku gunakan miui icon

dan yang terakhir, ini sume adalah aku punya application. nova launcer prime, dengan miui icon menghasilkan apps yang berwajah sebegini.

aku rasa itu lah dulu untuk setakat ini. nanti aku akan bagi review untuk software yang aku gunakan pulak.

Samsung Galaxy Note 2
hawkish room
android 4.1.2

wassalam
-Ubaidillah Zulkefli-

Tuesday, April 9, 2013

Kahero (kaherah + cairo)

Assalamualaikum

Sedar tak sedar dah masuk bulan April. Ini bermakna peperiksaan final bagi medical students Tanta University dah semakin hampir. Walaupon exam dah dekat, kehidupan perlulah diteruskan. Bukan lah bermakna study je 24/7 . Tuntutan rohani dan jasmani pon haruslah di bahagi sama rata. Bukan nak cakap study tuh tak penting, tapi benda lain jugak penting. So kita yang buat apa yang kita nak, pandai-pandailah pilih dan bahagikan masa.

Dalam minggu lepas, aku ke kota Kaherah menyertai rombongan bola sepak Tanta. Aku tak main pon, pergi untuk sekadar menyokong. Niat hati nak sangat main,tapi apakan daya. Ada siapa-siapa nak derma anterior cruiate ligament dengan 17K tak?? kalau ada, jasa baik saudara saudari aku sangat-sangat hargai.


inilah rupa padang yang menyatukan semua muahafazah dalam satu masa. walaupun tak lah lawa mana padangnya tapi boleh lah jugak buat satukan ummat-ummat Muhammad


Dalam tengah hari gitu aku bergerak ke International bwoling center. Pada waktu tu bola sepak tak habis lagi, disebabkan aku dah daftarkan diri nak menyertai kejohanan bowling batch yang diadakan tiap2 tahun aku terpaksa bergerak. Aku ni takda lah power mane pon main boling tuh, saja-saja main nak bagi saingan kat orang lain.

game first, team aku yang diwakili 5 orang nih memang on form, baling jek bola memang bersepai segala pin-pin yang ada. Untuk first set tuh kteorg pegang. masa second set, kteorg ditukarkan ke lane yang lain. Betol-betol sebelah peserta perempuan. Dem wa cakap lu, ntah segan ke ape, semua satu team aku flop. Baling bola macam dah taknak main.. Untuk set kedua tuh kteorg hanya redho jela. Ye lakan Redho tuh ikhlas pasrah itu menyerah bak kata ombak rindu..hahaha

keputusan perlawanan boling tuh aku tak pasti sebab pihak penganjur masih belum lagi mengeluarkan senarai pemenang. Takpe lah, ada rezki mng kalau takde cuba lagi tahun hadapan


ni lah team aku masa perlawanan hari tuh. Dari kiri yus, bambil, Aku, Makwe, abon
aku kalau jalan jauh2 memang suka pakai slipar je. senang nak ambil wuduk. =P

Aku akan menghadapi peperiksaan pertama pada 28/4/2013
mohon doa daripada readers sekalian semoga aku memperoleh kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

wassalam
-ubaidillah zulkefli-





Wednesday, March 20, 2013

#1 Review software android (Blackmart Alpha)

Assalamualaikum

Pada post yang lepas aku dah tulis review pasal Samsung Galaxy Note 2. SGN2 ini dilengkapi dengan perisian android 4.1.2 jelly bean. Untuk post kali ni, aku ingin berkongsi dengan readers sekalian berkenaan satu software yang mana aku rasa sangat penting untuk semua pengguna android.

Kebiasaannya setiap pengguna android akan dibekalkan dengan software Google Playstore yang mana software ini boleh dijadikan satu platform untuk memuat turun software lain sama ada yang percuma mahupun berbayar.

Software yang percuma ini semestinya kurang fungsi berbanding software yang berbayar. Kadang kala kita merasakan membeli software yang berbayar ini tidak memberi keuntungan kepada kita. Jadi di sini aku ingin memperkenalkan satu software yang boleh menggantikan Google Playstore untuk mendownload software yang percuma ataupun yang berbayar secara percuma. Pengguna android tidak perlu membayar untuk memuat turun  software yang dikenakan harga.

Software tersebut ialah Blackmart Alpha.


Untuk meng- install software ini kedalam telefon reader sekalian, sila ikut langkah-langkah dibawah


buka setting > security > tanda pada unknown sources
kemudian muat turun Blackmart alpha di sini
 selesai

ataupon muat turun Blackmart alpha ke computer dan masukkun software tersebut kedalam telefon. dan install.

Readers tidak perlu untuk root telefon (jailbrake) untuk install software ini.selepas intstall, buka software tersebut dan semua benda yang berbayar kini percuma. selamat mencuba.
P/s: Guna atas tanggugan sendiri (use at your own risk)
sebarang pertanyaan bolehlah terus kepada ruangan komen dibawah sekian terima kasih
wassalam

-ubaidillah zulkefli-

Monday, March 18, 2013

Samsung galaxy note 2 review

Assalamualaikum

Bila dah mula tulis kat blog memang jadi addictive lah. Rase nk tulis je apa-apa. Padahal takda orang baca pon. Takpe lah.

Untuk post kali ni, aku nak bagi review tentang Samsung Galaxy note 2(SGN2). Memandangkan ada rezeki lebih sedikit tahun lepas aku pon beli lah SGN2 nih. Sebelum SGN2, aku guna Galaxy SIII dalam seminggu lebih cenggitu SGN2 keluar aku trus jual SIII dekat mak aku dan beli SGN2.Masa aku beli harganya lebih kurang RM2500 gitu lah. Baru beberapa hari lepas Samsung mengeluarkan Galaxy SIV,aku simpan dulu niat nak tukar phone sebab dah ade SGN2 tunngu SGN3 nanti baru aku tukar hehehe. Ok cukuplah melalut pasal kisah pertemuan aku dengan SGN2 nih.

Lebih kurang 5 bulan aku guna SGN2 jadi boleh lah aku bercerita sedikit tentangnya. Untuk spesifikasi umum SGN2 :

Sehingga 4G jalur lebar
Menggunakan micro sim
Dilancarkan pada Ogos 2012
Bersaiz 5.95 x 3.17 x 0.37 inci
Berat 183 gram
Super AMOLED touchscreen 16M warna
5.5x16.9 inci skrin 720x1280 pixel
External sdMEM sehingga 64gb
Internal storage 16/32/64gb dengan 2GB RAM
Kamera utama 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Video 1080p@30fps
kamera hadapan 1.9MP
Quad core 1.6GHz
Bateri  Li-Ion 3100 mAh
tahan sehingga 2hari standby mode

aku tak tulis spec penuh telefon nih, yang mana aku rasa penting je aku tulis.
                                             
                                        gambar ni aku ambik masa unbonxing SGN2


sepanjang aku mengguna SGN2, aku sangat berpuas hati dengan segala performance yang ada. Touch screen tanpa sangkut (lagg) dan sangat lancar, screen yang besar dan jelas, gambar sangat sharp. boleh menontot video secara full HD. sistem bunyi yang sangat mantap. SGN2 juga tersedia dengan S Pen dimana kita boleh mengguna pen tersebut menggantikan jari. dengan software yang tersedia, aku boleh menggunakan S Pen untuk membuat nota semasa di dalam kuliah mahupun semasa meeting. SGN2 juga dicipta untuk multi tasking ataupon multi windows, kita boleh bahagikan screen kepada dua dan melakukan dua benda dalam satu masa, contohnya membaca al-quran dan juga menulis pada satu masa. SGN2 juga turut dilengkapi dengan sistem pergerakan yang mana lebih memudahkan pengguna sebagai contoh untuk pause mp3 yang sedang didengar hanya perlu menutup skrin menggunakan tapak tangan dan mp3 tersebut terus berhenti. banyak lagi yang feature yang menari yang terdapat pada SGN2. kalau nak cerita memang tak habis.

                              ini adalah features multi window yang aku cakap tadi
                                           

                                 ini pulak gambar menggunakan S Pen
                                   dua gambar atas ini adalah ihsan google :)


untuk pengetahuan readers, aku dah rootkan SGN2 aku. sedikit pengenalan untuk root, root adalah hack sistem telefon untuk menggunakannya fungsi telefon tersebut semaksima mungkin. aku akan buat review pasal root nanti. tapi kalau dah root, warranty telefon sudah tidak boleh diguna pakai lagi :)

panjang sangat dah nih.. ok lah dulu untuk setakat ini. nanti aku akan post lagi berkenaan SGN2, software yang perlu ada, game-game dan sebagainya. pastikan setia bersama blog nih.
untuk sebarang pertanyaan juga sila tulis di ruangan komen di bawah 

wassalam
-ubaidillah zulkefli-


Sunday, March 17, 2013

My needs and my selfish ways

Assalamualaikum

Berlaku sedikit perubahan pada blog ini. Minor perubahan je pon, daripada satu sidebar aku tambah jadikan dua sebab banyak benda yang aku ingt kongsikan. Atas sebab jarang update blog jadi aku mengambil keputusan untuk letak segala social network yang ada sebagai medium untuk readers baca sedikit sebanyak tentang aku, mana la tahu kan kot-kot ada yang concern pasal aku. sempat jugak aku screenshot overview traffic blog nih..walau pon dah lama aku tinggalkan, masih ada lagi readersnya.
Dekat blog nih aku kongsikan segala happy momments aku sahaja, untuk sad momments tuh biarlah aku simpan sendiri.

Terima kasih aku ucapkan kepada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ini. Sebenarnya banyak sangat benda yang aku ingin kongsikan bersama. Nanti di lain post, aku tulis. Lepas ni aku akan rajin update lah kot.KOT..kalau ada masa terluang lah insyaAllah. lagipon banyak juga agenda lain yang aku kena selesaikan. Aku punya pelajaran pon macam tak stabil mana lagih, final exam dah nak dekat, doakan segala kemudahan dan kejayaan untuk aku yepp..

dalam post nih lagi sekali lagi tajuk di atas aku rembat dari baris lagu. kali ni lagu when i was your man by bruno mars. Aku tak tahu kenapa aku suka dengar lagu tuh. ce readers sekalian dengar.


malam semalam (16/3/2013) aku perfoming acapella live.. berlatih kurang seminggu lepastuh trus buat persembahan. boleh diterima telinga lagi aku rasa lagu yang kami sampaikan semalam. aku akan cuba upload nanti.
lagu yang kumpulan aku bawakan semalam ialah : intro universal studio, please dont stop the music, gemuruh, titanium, where is the love, just the way you are (pengaruh filem Pitch Perfect ..LOL)

             dari kiri amerul kabri, aku, hafriz faliq, danial mansor, shahir momo, sazarian abbas
                                                          (tantamakers??dafuq?)

video sudah di upload..hehehe..pitch kami tak perfect ..mntak maaf banyak-banyak.

                                      

aku rasa cukup untuk setakat ini dulu. akan aku nukilkan lagi dalam masa terdekat.
keep cool keep reading guys..
p/s: aku dah ade instagram kihkihkih.. gambar-gambar kat instagram aku tak sama dengan gamba aku post dekat blog..harap maklum :)
wassalam


-ubaidillah zulkefli-