Monday, March 18, 2013

Samsung galaxy note 2 review

Assalamualaikum

Bila dah mula tulis kat blog memang jadi addictive lah. Rase nk tulis je apa-apa. Padahal takda orang baca pon. Takpe lah.

Untuk post kali ni, aku nak bagi review tentang Samsung Galaxy note 2(SGN2). Memandangkan ada rezeki lebih sedikit tahun lepas aku pon beli lah SGN2 nih. Sebelum SGN2, aku guna Galaxy SIII dalam seminggu lebih cenggitu SGN2 keluar aku trus jual SIII dekat mak aku dan beli SGN2.Masa aku beli harganya lebih kurang RM2500 gitu lah. Baru beberapa hari lepas Samsung mengeluarkan Galaxy SIV,aku simpan dulu niat nak tukar phone sebab dah ade SGN2 tunngu SGN3 nanti baru aku tukar hehehe. Ok cukuplah melalut pasal kisah pertemuan aku dengan SGN2 nih.

Lebih kurang 5 bulan aku guna SGN2 jadi boleh lah aku bercerita sedikit tentangnya. Untuk spesifikasi umum SGN2 :

Sehingga 4G jalur lebar
Menggunakan micro sim
Dilancarkan pada Ogos 2012
Bersaiz 5.95 x 3.17 x 0.37 inci
Berat 183 gram
Super AMOLED touchscreen 16M warna
5.5x16.9 inci skrin 720x1280 pixel
External sdMEM sehingga 64gb
Internal storage 16/32/64gb dengan 2GB RAM
Kamera utama 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Video 1080p@30fps
kamera hadapan 1.9MP
Quad core 1.6GHz
Bateri  Li-Ion 3100 mAh
tahan sehingga 2hari standby mode

aku tak tulis spec penuh telefon nih, yang mana aku rasa penting je aku tulis.
                                             
                                        gambar ni aku ambik masa unbonxing SGN2


sepanjang aku mengguna SGN2, aku sangat berpuas hati dengan segala performance yang ada. Touch screen tanpa sangkut (lagg) dan sangat lancar, screen yang besar dan jelas, gambar sangat sharp. boleh menontot video secara full HD. sistem bunyi yang sangat mantap. SGN2 juga tersedia dengan S Pen dimana kita boleh mengguna pen tersebut menggantikan jari. dengan software yang tersedia, aku boleh menggunakan S Pen untuk membuat nota semasa di dalam kuliah mahupun semasa meeting. SGN2 juga dicipta untuk multi tasking ataupon multi windows, kita boleh bahagikan screen kepada dua dan melakukan dua benda dalam satu masa, contohnya membaca al-quran dan juga menulis pada satu masa. SGN2 juga turut dilengkapi dengan sistem pergerakan yang mana lebih memudahkan pengguna sebagai contoh untuk pause mp3 yang sedang didengar hanya perlu menutup skrin menggunakan tapak tangan dan mp3 tersebut terus berhenti. banyak lagi yang feature yang menari yang terdapat pada SGN2. kalau nak cerita memang tak habis.

                              ini adalah features multi window yang aku cakap tadi
                                           

                                 ini pulak gambar menggunakan S Pen
                                   dua gambar atas ini adalah ihsan google :)


untuk pengetahuan readers, aku dah rootkan SGN2 aku. sedikit pengenalan untuk root, root adalah hack sistem telefon untuk menggunakannya fungsi telefon tersebut semaksima mungkin. aku akan buat review pasal root nanti. tapi kalau dah root, warranty telefon sudah tidak boleh diguna pakai lagi :)

panjang sangat dah nih.. ok lah dulu untuk setakat ini. nanti aku akan post lagi berkenaan SGN2, software yang perlu ada, game-game dan sebagainya. pastikan setia bersama blog nih.
untuk sebarang pertanyaan juga sila tulis di ruangan komen di bawah 

wassalam
-ubaidillah zulkefli-


No comments: