Tuesday, March 13, 2012

#2 tweet - ibadah pesakit berkenaan wudhuk

Assalamualaikum...

di kesempatan berblog ini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku tuntut di Mesir dan mungkin tidak akan aku dapat jika aku belajar di Malaysia..

Ibadah dan sakit adalah sangat sinonim. biasanya keimanan (beribadah) akan meningkat sewaktu sakit..masa sakitlah baru nak ingat Allah ..masa dikurniakan sihat sedikit terlalai. peringatan untuk aku dan readers sekalian..

di sini ada beberapa point penting yang sempat aku salin dan ingin aku kongsikan..
take note bakal-bakal nurse serta doktor-doktor sekalian..kewajipan kita untuk menegakkan islam sebenarnya senang.. banyak rukhsah (kemudahan) yang telah disediakan walaupun semasa sakit sekalipun ..MasyaAllah indah sungguh...

okeh..berbalik kepada tajuk di atas..

ibadah pesakit berkaitan wudhuk

* kencing tidak lawas ( urinary incontinence)
- tunggu waktu solat, basuh sehingga tidak ada kesan, balut (tutup) untuk elak terkena tempat lain jika bnyak, niat wuduk utk solat , wuduk seperti biasa
jika terkeluar semasa solat, solat sah dan dimaafkan (hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja) mestilah terus solat

* pesakit menggunakan lampin
- sama dengan urinary incontinence tadi... periksa lampin sebelum wudhuk..jika terdapat najis, bersihkan dahulu kemudian wuduk dan niat seperti diatas

*pesakit hilang anggota tangan ataupun kaki
- wudhuk dan niat seperti biasa, disunatkan menyapu air di tempat bersambungnya anggota yang terputus . ( cth tangan putus sampai siku, basuh sedikit atas kawasan siku tersebut)

*pesakit anggota wudhuk di balut
- wudhuk seperti biasa, lalukan air di atas pembalut, jika tidak boleh kena air, tayamum diatas pembalut
(noted: sebelum anggota wudhuk di simen, wudhukkan pesakit terlebih dahulu.kes ini tidak perlu utk pesakit ganti solat.jika tidak diwudhukkan, pesakit harus ganti solat)

*pesakit yang anggota wudhuknya tidak boleh kena air mahupun debu (tayamum)
-diberi kelebihan untuk solat begitu sahaja (jika sembuh, qada'kn semula solat, jika tidak sebuh, solat tersebut sah )

*pesakit yang tidak boleh bergerak
- jururawat yang tolong mewudhukkannya (noted: mahramnya jika ada,sama jantina,jika lain jantina pakai glove)jika semua orang sekeliling tidak tahu, di bolehkan untuk solat tanpa wudhuk dan tayamum

*pesakit yang menggunakan tiub salur najis
- bersihkan tiub sekadar mampu niat sama dengan urinary incontinence td, wuduk dan solat seperti biasa.

okeh itu sahaja perkongsian yang sempat aku salin ..jika ada sebarang pertanyaan..boleh tanya..nanti aku rujuk ustaz yang menyampaikan kes2 di atas ,.
mudahkan islam tuh.. :)
kredit utk Ustaz Hanifa haron





wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Thursday, March 8, 2012

Okeh twitter baru ye

Assalamualaikum..

officially announced that aku dah ada twitter.. kalau korg fikir aku sangat ketinggalan zaman dan x urban, silap lah anda di situ..aku dulu dah ada twitter lepas tuh serabut otak dan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan aku tutup account tersebut..

kenapa aku buat twitter balik??
pengetahuan am aku sekarang agak out dated sedikit disebabkan berada di perantauan ( alasan nak baek aje an). banyak benda kat malaysia aku tak tahu. so dengan adanya twitter yang menjadi medium untuk aku membaca dan juga mengetahui isu-isu terbaru negara. soal sosial juga tidak harus diketepikan dalam hal ini, interaksi bersama kenalan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.banyak lagi rasanya perkara positive yang akan aku dapat dan tidak terfikir untuk aku listkan dalam post ini.

mulai saat ini nak follow aku kat twitter pon boleh..silakan.. aku ni peramah tapi sangat penyegan ye...keh3..

@Mr_munek
ubaidillah zulkefli

takda gamba macam tak lengkap pulak post ni kan.
gamba aku versi katun :)




sebenarnya kat mesir sekarang jam 3 pagi..aku tak mengantuk lagi..mungkin penangan kerang busuk yang housemate aku bawak balek tadi gamaknya. haishh..

okeh cerita pasal kerang (maaf terlari dari tajuk ya), sebenarnya kerang tersebut dikutip pada minggu lepas tapi housemate aku, tah macam mana boleh bawak balek hari ni..so kteorg satu rumah masak la kerang tuh..ingtkan elok lagi..maklom lah semua bujang ..tak tahu kerang rosak tuh macam mana.. kerang kat mesir ni besar..saiz ada lah macam ibu jari kaki aku...rebus lah aku kerang tersebut..lepas tuh menjamu selera bersama-sama.. masuk je mulut, receptor kat lidah dah bgi signal..lain macam pulak rasa kerang ni..tapi makan jugak la... bacteria kat kerang busuk tuh mati lah kot sebab dah kene rebus..harap-harap oke la kami kat sini.hahaha..tamat cerita kerang :p

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Wednesday, February 29, 2012

#4 Wordless Wednesday


dua siap WW aku minggu nih..tiba-tiba je tagg nama aku pehal???hahaha