Saturday, February 25, 2012

rumahku terbakar??!!

Assalamualaikum..


sedang dibuai mimpi indah, tiba-tiba terdengar orang berteriak "munek!!!" (nama aku).... tersentap ku dari lena terus berlari keluar dari kamar. gelap gelita ...apa yang aku nampak adalah cahaya oren yang sangat teranag daripada bilik prop (salah seorang ahli rumah aku). otak aku yang slow dikala pagi terus bermanipulasi... tong air minuman dicapai deras oleh aku dan berlari ke tempat kejadian.. api mula mengganas... sudah sampai syiling rumah..tanpa berfikir panjang, aku dan sahabat-sahabat (semua ada 5 orang) cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut. lari bersilih ganti mencari sumber air yang ada. Alhamdulillah setelah 15 minit, api berjaya dikawal, 20 minit api berjaya dipadamkan.

heartbeat increase, concentration increase, hyperventillation. semua kepenatan. semua tingkap rumah dibuka untuk melancarkan peredaran udara dan juga untuk mengeluarkan asap.
berkumpul ahli rumah semua dibilik aku untuk menghilangkan penat sambil bercerita tentang perkara sebenar kenapa terjadinya kebakaran tersebut.

punca kejadia disebabkan oleh litar pintas daripada heater (sekarangkan musim sejuk). heater tersebut telah menunjukkan symptom-symptom yang kurang elok sejak beberapa hari yang lalu. api tidak merebak dengan pantas. kebakaran hanyalah di dalam bilik prop. kerugian dianggarkan lebih kurang 700-800 LE ....

matahari sudah mula menyinari segenap pelusuk tanta. 6 stengah pagi pada waktu itu.. muka dan baju semua orang hitam. kami menggelakkan rupa masing-masing :P
seluruh rumah menjadi hitam dek kerana asap dari kebakaran tersebut..segala sawang-sawang tidak ketinggalan untuk menjadi hitam sama.
-TAMAT-

sori atas kesekemaan ayat diatas..haha..tapi masa tuh siyes sangat cuak dan LOL pon ada juga.
masa tuh awal cuti winter..so cerita ni berlaku pada bulan lepas..lambat cerita sebab study (kuat sangat aku study :p hahaha)


mangsa kebakaran di tempat kejadian
muke itam gle...semua orang muka gitu bayangkan..hahahahaha

p/s: jagalah keselamatan walau dimana anda semua berada...sesungguhnya bahaya itu ada di mana-mana :)



wassalam
-ubaidillah zulkefli-

15 comments:

yaya said...

alamak aish..abis ilang macho..itam abes.he3.nasib baik cpt, lau tak mst da mrebak..

Atr said...

munekk!! Haha. Siling la ubai bukan syiling tuu. :P

Unknown said...

opss.....typo la..bese lettew...hahaha...name tuh smpai skrg kot..macho an..

InaSazlan said...

ya Rabbi,ado plop doh kebakaran di tanta.nk tido kne cabut2 plug belako..

Unknown said...

plug xdop masaaloh heater tuh brona.

Anonymous said...

sungguh mula2 rase kejadian ni baru,
rupanya bulan lepas.


syukur semua selamat, hanya kerugian shje :)

♥ Ummu ♥ said...

Terkejutnye.. Terkejutnye tengok muke perop. huhu.

Hati2 la pasni.

cimöt said...

hoi macam kap lam ya nga daaaa..

InaSazlan said...

dop eh,mksdnya switch off heater tu.lucu la tgk mangsa kebakaran tu #orksuko

Anonymous said...

nasib baik ada 'Munekkk!' jadi salah seorang firefighter...

Anonymous said...

heater chemay pon problem jugak.
tapi haritu terus blackout satu floor bila short.
alhamdulillah la tak terbakar macam kat rumah munek tuhh.
:)

Unknown said...

seyes ke muka jadik cenggitu?hensem gila ! hahaha

Unknown said...

letrik mesir ni pelik sket...x stable..

muke mangse tuh mmg slalu gitu..hahaha

najwaMazlan said...

munekkk! haha. sengal punya nama. oh btw. hensem kot muka lepas terbakar. xD

Unknown said...

legend kot name tuh.!!
tuan pnye gamba x bace kot blog neh..hahaha..kalo dye bace kompem kembang..:P

btw time kaseh memfolo belog ini
^_^v