Thursday, March 29, 2012

tak salah nak berpersatuan

Assalamualaikum...

sibukku tersangatlah amat sekarang ini.. lepas satu program..sambung la program..tak boleh nak duduk diam langsung... hidup dalam berpesatuan ni memang takboleh lari dengan program yang tumbuh macam cendawan selepas hujan..hik3..skema pulak ayat itu..

dalam post ni ..aku nak cerita pasal kesatuan kat mesir lah..kalau korang dengar mesir ...mestilah sinonim dengan cara hidup yang islamik..memang betol la tuh..tapi cara hidup islamik ni mana2 pon boleh di buat..kita islam..hidup kita takkan la nak sama dengan orang bukan islam ..ye dak??

pembawakkan islam dekat mesir dikalangan pelajar melayu adalah dalam berpesatuan..usrah ..dan banyak lagi..tapi yang aku tengok dan aku amati sepanjang tiga tahun aku kat mesir ni aku dapati ada yang kurang kena.. PMRAM, ISMA, KONSIS, IKRAM dan tidak dilupakan nadi UMNO..itu antara yang femes kat mesir pada masa ini.. aku bukanlah power sangat nak cakap bab2 agama ni..tapi itu la bile dah banyak ni macam tak tahu nak ikot mana satu..kalau boleh nak ikot semua..tapi macam bertindih2 pulak program nanti..belajar ntah kemana pengisian rohani pon kelaut..

baru-baru ni..aku ada join EMINENT evo 12 the summit gathering of malaysian students in tanta anjuran PMRAM dewan perwakilan mahasiswa tanta DPMT..ada satu slot tuh..orang tanya..dah banyak sangat yang cuba bawak islam dekat mesir ni..yang mana agaknya ok untuk kita ikot..yelakan..sebagai mahasiswa ...kita perlu la tahu yang mana kita nak pilih ..jawapan yang diterima daripada ahli penal masa tuh mudah je.. kalau yang lain tak boleh membantu..so jangan kacau orang..bila aku fikir2..macam betul jugak an..maknanya..kalau boleh bersatu tuh lagi baik..saling tolong menolong..tapi kalau taknak bersatu ..dok diam2..tak payah nak boikot sana sini..buat pening orang jek..itu jela rasanya aku nak kongsikan kat sini pada hari ini..

aaa..dalam EMINENT baru ni..aku jadi sub unit protokol dan disiplin..cam bodyguard gitu la..
malam penutup aku ada buat persembahan dengan pelajar perubatan yang lain..nanti video masuk you tube aku post kat sini ek..
hari tuh baca brita...then menyanyi pulak..video jadi pelakon tambahan pon sudah..macam artis aku ni an..hahaha..dah2 abaikan..

gamba ni masa aku nyanyi..oke itu adalah lirik..
dan kesimpulannya aku x hapal lagu aku..wkakakakaka

p/s: hari jumaat ini aku main bola tampar wakil tanta ke PERUBATAN sports day..doakan kejayaan kontinjen tanta yek sume..tq

wassalam..
-ubaidillah zulkefli-

Monday, March 19, 2012

video released..

Assalamualaikum...

program sangatlah banyak dekat Tanta ..bulan ni jadual penuh...kuiz dengan presentation tak payah cakaplah ...macam semua subjek nak buat pulak kan.. serabut pon ada jugak.. tapi lepak lah ..baru la macam student life sket..takde lah asek nak duduk dengan buku je (walaupon x brape nak duduk sangat lah kan)..

okeh..berkenaan dengan tajuk post kali ini..haaa..ni video best sebab aku jd hero... nak tahu video ape??..kne tengok dulu lah kan..hehehe..chekidaud!




hehe..jika kamu tidak menyukainya mohon maaf..aku sebenarnye bidan terjun je..sepatotnya org laen yang jadi..banyak kekurangannya..

kenapa aku buat post pasal video ni??
ini adalah sebahagian kerja aku kat Tanta and saje nak post sebab lame tak hapdet belog ni.. :)

itu lah dulu dari aku..sekian..
wassalam..

-ubaidillah zulkefli-

Tuesday, March 13, 2012

#2 tweet - ibadah pesakit berkenaan wudhuk

Assalamualaikum...

di kesempatan berblog ini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku tuntut di Mesir dan mungkin tidak akan aku dapat jika aku belajar di Malaysia..

Ibadah dan sakit adalah sangat sinonim. biasanya keimanan (beribadah) akan meningkat sewaktu sakit..masa sakitlah baru nak ingat Allah ..masa dikurniakan sihat sedikit terlalai. peringatan untuk aku dan readers sekalian..

di sini ada beberapa point penting yang sempat aku salin dan ingin aku kongsikan..
take note bakal-bakal nurse serta doktor-doktor sekalian..kewajipan kita untuk menegakkan islam sebenarnya senang.. banyak rukhsah (kemudahan) yang telah disediakan walaupun semasa sakit sekalipun ..MasyaAllah indah sungguh...

okeh..berbalik kepada tajuk di atas..

ibadah pesakit berkaitan wudhuk

* kencing tidak lawas ( urinary incontinence)
- tunggu waktu solat, basuh sehingga tidak ada kesan, balut (tutup) untuk elak terkena tempat lain jika bnyak, niat wuduk utk solat , wuduk seperti biasa
jika terkeluar semasa solat, solat sah dan dimaafkan (hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja) mestilah terus solat

* pesakit menggunakan lampin
- sama dengan urinary incontinence tadi... periksa lampin sebelum wudhuk..jika terdapat najis, bersihkan dahulu kemudian wuduk dan niat seperti diatas

*pesakit hilang anggota tangan ataupun kaki
- wudhuk dan niat seperti biasa, disunatkan menyapu air di tempat bersambungnya anggota yang terputus . ( cth tangan putus sampai siku, basuh sedikit atas kawasan siku tersebut)

*pesakit anggota wudhuk di balut
- wudhuk seperti biasa, lalukan air di atas pembalut, jika tidak boleh kena air, tayamum diatas pembalut
(noted: sebelum anggota wudhuk di simen, wudhukkan pesakit terlebih dahulu.kes ini tidak perlu utk pesakit ganti solat.jika tidak diwudhukkan, pesakit harus ganti solat)

*pesakit yang anggota wudhuknya tidak boleh kena air mahupun debu (tayamum)
-diberi kelebihan untuk solat begitu sahaja (jika sembuh, qada'kn semula solat, jika tidak sebuh, solat tersebut sah )

*pesakit yang tidak boleh bergerak
- jururawat yang tolong mewudhukkannya (noted: mahramnya jika ada,sama jantina,jika lain jantina pakai glove)jika semua orang sekeliling tidak tahu, di bolehkan untuk solat tanpa wudhuk dan tayamum

*pesakit yang menggunakan tiub salur najis
- bersihkan tiub sekadar mampu niat sama dengan urinary incontinence td, wuduk dan solat seperti biasa.

okeh itu sahaja perkongsian yang sempat aku salin ..jika ada sebarang pertanyaan..boleh tanya..nanti aku rujuk ustaz yang menyampaikan kes2 di atas ,.
mudahkan islam tuh.. :)
kredit utk Ustaz Hanifa haron





wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Thursday, March 8, 2012

Okeh twitter baru ye

Assalamualaikum..

officially announced that aku dah ada twitter.. kalau korg fikir aku sangat ketinggalan zaman dan x urban, silap lah anda di situ..aku dulu dah ada twitter lepas tuh serabut otak dan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan aku tutup account tersebut..

kenapa aku buat twitter balik??
pengetahuan am aku sekarang agak out dated sedikit disebabkan berada di perantauan ( alasan nak baek aje an). banyak benda kat malaysia aku tak tahu. so dengan adanya twitter yang menjadi medium untuk aku membaca dan juga mengetahui isu-isu terbaru negara. soal sosial juga tidak harus diketepikan dalam hal ini, interaksi bersama kenalan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.banyak lagi rasanya perkara positive yang akan aku dapat dan tidak terfikir untuk aku listkan dalam post ini.

mulai saat ini nak follow aku kat twitter pon boleh..silakan.. aku ni peramah tapi sangat penyegan ye...keh3..

@Mr_munek
ubaidillah zulkefli

takda gamba macam tak lengkap pulak post ni kan.
gamba aku versi katun :)




sebenarnya kat mesir sekarang jam 3 pagi..aku tak mengantuk lagi..mungkin penangan kerang busuk yang housemate aku bawak balek tadi gamaknya. haishh..

okeh cerita pasal kerang (maaf terlari dari tajuk ya), sebenarnya kerang tersebut dikutip pada minggu lepas tapi housemate aku, tah macam mana boleh bawak balek hari ni..so kteorg satu rumah masak la kerang tuh..ingtkan elok lagi..maklom lah semua bujang ..tak tahu kerang rosak tuh macam mana.. kerang kat mesir ni besar..saiz ada lah macam ibu jari kaki aku...rebus lah aku kerang tersebut..lepas tuh menjamu selera bersama-sama.. masuk je mulut, receptor kat lidah dah bgi signal..lain macam pulak rasa kerang ni..tapi makan jugak la... bacteria kat kerang busuk tuh mati lah kot sebab dah kene rebus..harap-harap oke la kami kat sini.hahaha..tamat cerita kerang :p

wassalam
-ubaidillah zulkefli-