Assalamualaikum...
di kesempatan berblog ini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku tuntut di Mesir dan mungkin tidak akan aku dapat jika aku belajar di Malaysia..
Ibadah dan sakit adalah sangat sinonim. biasanya keimanan (beribadah) akan meningkat sewaktu sakit..masa sakitlah baru nak ingat Allah ..masa dikurniakan sihat sedikit terlalai. peringatan untuk aku dan readers sekalian..
di sini ada beberapa point penting yang sempat aku salin dan ingin aku kongsikan..
take note bakal-bakal nurse serta doktor-doktor sekalian..kewajipan kita untuk menegakkan islam sebenarnya senang.. banyak rukhsah (kemudahan) yang telah disediakan walaupun semasa sakit sekalipun ..MasyaAllah indah sungguh...
okeh..berbalik kepada tajuk di atas..
ibadah pesakit berkaitan wudhuk
* kencing tidak lawas ( urinary incontinence)
- tunggu waktu solat, basuh sehingga tidak ada kesan, balut (tutup) untuk elak terkena tempat lain jika bnyak, niat wuduk utk solat , wuduk seperti biasa
jika terkeluar semasa solat, solat sah dan dimaafkan (hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja) mestilah terus solat
* pesakit menggunakan lampin
- sama dengan urinary incontinence tadi... periksa lampin sebelum wudhuk..jika terdapat najis, bersihkan dahulu kemudian wuduk dan niat seperti diatas
*pesakit hilang anggota tangan ataupun kaki
- wudhuk dan niat seperti biasa, disunatkan menyapu air di tempat bersambungnya anggota yang terputus . ( cth tangan putus sampai siku, basuh sedikit atas kawasan siku tersebut)
*pesakit anggota wudhuk di balut
- wudhuk seperti biasa, lalukan air di atas pembalut, jika tidak boleh kena air, tayamum diatas pembalut
(noted: sebelum anggota wudhuk di simen, wudhukkan pesakit terlebih dahulu.kes ini tidak perlu utk pesakit ganti solat.jika tidak diwudhukkan, pesakit harus ganti solat)
*pesakit yang anggota wudhuknya tidak boleh kena air mahupun debu (tayamum)
-diberi kelebihan untuk solat begitu sahaja (jika sembuh, qada'kn semula solat, jika tidak sebuh, solat tersebut sah )
*pesakit yang tidak boleh bergerak
- jururawat yang tolong mewudhukkannya (noted: mahramnya jika ada,sama jantina,jika lain jantina pakai glove)jika semua orang sekeliling tidak tahu, di bolehkan untuk solat tanpa wudhuk dan tayamum
*pesakit yang menggunakan tiub salur najis
- bersihkan tiub sekadar mampu niat sama dengan urinary incontinence td, wuduk dan solat seperti biasa.
okeh itu sahaja perkongsian yang sempat aku salin ..jika ada sebarang pertanyaan..boleh tanya..nanti aku rujuk ustaz yang menyampaikan kes2 di atas ,.
mudahkan islam tuh.. :)
kredit utk Ustaz Hanifa haron
wassalam
-ubaidillah zulkefli-
4 comments:
mantap2 xD sambil jalan2 buang bosan
likeeee!
sebab kadang2 pesakit tu ada incontinence urine kan.
taktau pulak boleh terus solat even dalam keadaan macam tuh.
nice sahring munek.
:D
info yang menarik ni :D
peghop ..aicehhh...dah pndai berjalan belog skrg..hahaha
chemay : tuh la kan..same2 la kte share ape yang kita tahu..so dah tahu tuh ape lagi..praktikan lah ye.. untuk manfaat bersama :)
asrul : mnarik jugak lah sket2..sekadar perkongsian sahaja
Post a Comment