Sunday, May 20, 2012

How the times fly ~~

Assalamualaikum..

blog yg lama tidak di update ibarat zombie disiang hari..dehekk??ape kene mengena an... takpe lahh..bagi orang yang masih lagi sudi membaca blog ini aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana tergerak hati kamu-kamu untuk menjenguk ke sini.

kira-kira dua tiga purnama jugak aku tidak menjenguk blog sendiri..blog orang lain pon jarang-jarang jugak aku bukak... oleh kerana kekangan masa dan jugak terlampau banyak urusan dunia yang masih belum diselesaikan jadi aku mengambil keputusan untuk mentawaqqufkan sesi penulisan blog aku ini..

disini aku sediakan analogi masa yang aku guna sepanjang aku tidak menulis blog (bertepatan dengan tajok post aku kali ini)

*bola tampar wakil tanta di sukan perubatan di iskandariah ( kalah..tapi aku dapat spike team yg johan LULZ)


ahh..nmpk tak pero tuh hahahahaha
name sume torres..saka tuh la kot kalah ..haha

panas punye pasal an :P


*join bahas piala shikh ahmad badawi masa medicophilic month (boleh kate dapat johan..aku x maen mase final)nk bgi link video xbleh plak..dak2 neh belum lagi upload.

*exam mid term yang aku kira agak hancus jugak aku kerjakan (mohon maaf masa exam tak sempat nk snap gamba sebab cuak melampau hehehe)
*exam practical yang baru sahaja berlangsung dan dah tamat da pon..insyaAllah oke la kot..eh jap..lepas exam aku ada snap gamba untuk program skolah aku..SAMURA around the globe..
gamba aku bersama kawan aku dari sekolah sampai sekarang dok skali.. name dye tabon


*aku sebenarnye baru balek makan...kat kedai makan name stereo..bes gak r mkn situ ..td aku pgi dengan aca dengan hadi.. (aku taw korang msti tak kenal an )

aku tak ada instagram so aku upload gamba dekat blog..tak salah an :p

cukup lah..dah banyak sangat muke aku dalam post kali ni..balas dendam sebab lama tak post.. hehehe..
actually aku dalam fatrah imtihan lagi nih.. final exam written lagi dua minggu..doakan aku ngn sahabat2 aku dekat sini berjaya okeh..thnx guys..
jumpa lagi di lain post..
p/s: tajok tuh dapat ilham masa dengar lagu someone like you by adle..hehehe tak ada kene mengena antara yang hidup mahupun yang mati..hanye suka dengar sahaja..

wassalam
ubaidillah zulkefli

Thursday, March 29, 2012

tak salah nak berpersatuan

Assalamualaikum...

sibukku tersangatlah amat sekarang ini.. lepas satu program..sambung la program..tak boleh nak duduk diam langsung... hidup dalam berpesatuan ni memang takboleh lari dengan program yang tumbuh macam cendawan selepas hujan..hik3..skema pulak ayat itu..

dalam post ni ..aku nak cerita pasal kesatuan kat mesir lah..kalau korang dengar mesir ...mestilah sinonim dengan cara hidup yang islamik..memang betol la tuh..tapi cara hidup islamik ni mana2 pon boleh di buat..kita islam..hidup kita takkan la nak sama dengan orang bukan islam ..ye dak??

pembawakkan islam dekat mesir dikalangan pelajar melayu adalah dalam berpesatuan..usrah ..dan banyak lagi..tapi yang aku tengok dan aku amati sepanjang tiga tahun aku kat mesir ni aku dapati ada yang kurang kena.. PMRAM, ISMA, KONSIS, IKRAM dan tidak dilupakan nadi UMNO..itu antara yang femes kat mesir pada masa ini.. aku bukanlah power sangat nak cakap bab2 agama ni..tapi itu la bile dah banyak ni macam tak tahu nak ikot mana satu..kalau boleh nak ikot semua..tapi macam bertindih2 pulak program nanti..belajar ntah kemana pengisian rohani pon kelaut..

baru-baru ni..aku ada join EMINENT evo 12 the summit gathering of malaysian students in tanta anjuran PMRAM dewan perwakilan mahasiswa tanta DPMT..ada satu slot tuh..orang tanya..dah banyak sangat yang cuba bawak islam dekat mesir ni..yang mana agaknya ok untuk kita ikot..yelakan..sebagai mahasiswa ...kita perlu la tahu yang mana kita nak pilih ..jawapan yang diterima daripada ahli penal masa tuh mudah je.. kalau yang lain tak boleh membantu..so jangan kacau orang..bila aku fikir2..macam betul jugak an..maknanya..kalau boleh bersatu tuh lagi baik..saling tolong menolong..tapi kalau taknak bersatu ..dok diam2..tak payah nak boikot sana sini..buat pening orang jek..itu jela rasanya aku nak kongsikan kat sini pada hari ini..

aaa..dalam EMINENT baru ni..aku jadi sub unit protokol dan disiplin..cam bodyguard gitu la..
malam penutup aku ada buat persembahan dengan pelajar perubatan yang lain..nanti video masuk you tube aku post kat sini ek..
hari tuh baca brita...then menyanyi pulak..video jadi pelakon tambahan pon sudah..macam artis aku ni an..hahaha..dah2 abaikan..

gamba ni masa aku nyanyi..oke itu adalah lirik..
dan kesimpulannya aku x hapal lagu aku..wkakakakaka

p/s: hari jumaat ini aku main bola tampar wakil tanta ke PERUBATAN sports day..doakan kejayaan kontinjen tanta yek sume..tq

wassalam..
-ubaidillah zulkefli-

Monday, March 19, 2012

video released..

Assalamualaikum...

program sangatlah banyak dekat Tanta ..bulan ni jadual penuh...kuiz dengan presentation tak payah cakaplah ...macam semua subjek nak buat pulak kan.. serabut pon ada jugak.. tapi lepak lah ..baru la macam student life sket..takde lah asek nak duduk dengan buku je (walaupon x brape nak duduk sangat lah kan)..

okeh..berkenaan dengan tajuk post kali ini..haaa..ni video best sebab aku jd hero... nak tahu video ape??..kne tengok dulu lah kan..hehehe..chekidaud!




hehe..jika kamu tidak menyukainya mohon maaf..aku sebenarnye bidan terjun je..sepatotnya org laen yang jadi..banyak kekurangannya..

kenapa aku buat post pasal video ni??
ini adalah sebahagian kerja aku kat Tanta and saje nak post sebab lame tak hapdet belog ni.. :)

itu lah dulu dari aku..sekian..
wassalam..

-ubaidillah zulkefli-

Tuesday, March 13, 2012

#2 tweet - ibadah pesakit berkenaan wudhuk

Assalamualaikum...

di kesempatan berblog ini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku tuntut di Mesir dan mungkin tidak akan aku dapat jika aku belajar di Malaysia..

Ibadah dan sakit adalah sangat sinonim. biasanya keimanan (beribadah) akan meningkat sewaktu sakit..masa sakitlah baru nak ingat Allah ..masa dikurniakan sihat sedikit terlalai. peringatan untuk aku dan readers sekalian..

di sini ada beberapa point penting yang sempat aku salin dan ingin aku kongsikan..
take note bakal-bakal nurse serta doktor-doktor sekalian..kewajipan kita untuk menegakkan islam sebenarnya senang.. banyak rukhsah (kemudahan) yang telah disediakan walaupun semasa sakit sekalipun ..MasyaAllah indah sungguh...

okeh..berbalik kepada tajuk di atas..

ibadah pesakit berkaitan wudhuk

* kencing tidak lawas ( urinary incontinence)
- tunggu waktu solat, basuh sehingga tidak ada kesan, balut (tutup) untuk elak terkena tempat lain jika bnyak, niat wuduk utk solat , wuduk seperti biasa
jika terkeluar semasa solat, solat sah dan dimaafkan (hanya boleh digunakan untuk satu solat fardhu sahaja) mestilah terus solat

* pesakit menggunakan lampin
- sama dengan urinary incontinence tadi... periksa lampin sebelum wudhuk..jika terdapat najis, bersihkan dahulu kemudian wuduk dan niat seperti diatas

*pesakit hilang anggota tangan ataupun kaki
- wudhuk dan niat seperti biasa, disunatkan menyapu air di tempat bersambungnya anggota yang terputus . ( cth tangan putus sampai siku, basuh sedikit atas kawasan siku tersebut)

*pesakit anggota wudhuk di balut
- wudhuk seperti biasa, lalukan air di atas pembalut, jika tidak boleh kena air, tayamum diatas pembalut
(noted: sebelum anggota wudhuk di simen, wudhukkan pesakit terlebih dahulu.kes ini tidak perlu utk pesakit ganti solat.jika tidak diwudhukkan, pesakit harus ganti solat)

*pesakit yang anggota wudhuknya tidak boleh kena air mahupun debu (tayamum)
-diberi kelebihan untuk solat begitu sahaja (jika sembuh, qada'kn semula solat, jika tidak sebuh, solat tersebut sah )

*pesakit yang tidak boleh bergerak
- jururawat yang tolong mewudhukkannya (noted: mahramnya jika ada,sama jantina,jika lain jantina pakai glove)jika semua orang sekeliling tidak tahu, di bolehkan untuk solat tanpa wudhuk dan tayamum

*pesakit yang menggunakan tiub salur najis
- bersihkan tiub sekadar mampu niat sama dengan urinary incontinence td, wuduk dan solat seperti biasa.

okeh itu sahaja perkongsian yang sempat aku salin ..jika ada sebarang pertanyaan..boleh tanya..nanti aku rujuk ustaz yang menyampaikan kes2 di atas ,.
mudahkan islam tuh.. :)
kredit utk Ustaz Hanifa haron





wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Thursday, March 8, 2012

Okeh twitter baru ye

Assalamualaikum..

officially announced that aku dah ada twitter.. kalau korg fikir aku sangat ketinggalan zaman dan x urban, silap lah anda di situ..aku dulu dah ada twitter lepas tuh serabut otak dan ada beberapa faktor lain yang menyebabkan aku tutup account tersebut..

kenapa aku buat twitter balik??
pengetahuan am aku sekarang agak out dated sedikit disebabkan berada di perantauan ( alasan nak baek aje an). banyak benda kat malaysia aku tak tahu. so dengan adanya twitter yang menjadi medium untuk aku membaca dan juga mengetahui isu-isu terbaru negara. soal sosial juga tidak harus diketepikan dalam hal ini, interaksi bersama kenalan dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama kita.banyak lagi rasanya perkara positive yang akan aku dapat dan tidak terfikir untuk aku listkan dalam post ini.

mulai saat ini nak follow aku kat twitter pon boleh..silakan.. aku ni peramah tapi sangat penyegan ye...keh3..

@Mr_munek
ubaidillah zulkefli

takda gamba macam tak lengkap pulak post ni kan.
gamba aku versi katun :)




sebenarnya kat mesir sekarang jam 3 pagi..aku tak mengantuk lagi..mungkin penangan kerang busuk yang housemate aku bawak balek tadi gamaknya. haishh..

okeh cerita pasal kerang (maaf terlari dari tajuk ya), sebenarnya kerang tersebut dikutip pada minggu lepas tapi housemate aku, tah macam mana boleh bawak balek hari ni..so kteorg satu rumah masak la kerang tuh..ingtkan elok lagi..maklom lah semua bujang ..tak tahu kerang rosak tuh macam mana.. kerang kat mesir ni besar..saiz ada lah macam ibu jari kaki aku...rebus lah aku kerang tersebut..lepas tuh menjamu selera bersama-sama.. masuk je mulut, receptor kat lidah dah bgi signal..lain macam pulak rasa kerang ni..tapi makan jugak la... bacteria kat kerang busuk tuh mati lah kot sebab dah kene rebus..harap-harap oke la kami kat sini.hahaha..tamat cerita kerang :p

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Wednesday, February 29, 2012

#4 Wordless Wednesday


dua siap WW aku minggu nih..tiba-tiba je tagg nama aku pehal???hahaha

Tuesday, February 28, 2012

#3 Wordless Wednesday


tanya pesakit..pastuh google..style??

Monday, February 27, 2012

Olidayku lepas exam

Assalamualaikum

pada post baru nih...aku ada janji nak story pasal jalan-jalan.. turun seawal jam 8 stengah pagi trus ke mator (airport) sebab nak hantar kawan aku balik Malaysia sebab ada sedikit urusan.

lepas tuh terus bergerak ke bandar cairo menaiki Metro (cam public transport gitu la..komuter mesir)first tempat ingin menuju ke piramid..tapi terbengkalai atas sebab-sebab yang tak mampu dielak..so..untuk menghilangkan rasa sedih kerana tidak dapat melihat artifak purba teragung mesir, kteorg pon bergerak menuju ke muzium mesir. banyak benda yang aku dapat tengok kat muzium tersebut.. daripada mesir purba sampailah mesir baru. itik tuntakhamun pon ada ..hahaha.. buaya yang dimumiakan pon turut tak ketinggalan..mana gambarnya???haaa..sori la bro-bro dan sis-sis sekalian..dalam tuh tak boleh ambil gambar..takot bangun semua benda dalam tuh sape nak tangkap balik ye dak?? takde lah..tuh mitos je..masuk muzium mane la boleh bawak camera..lagi satu..aku mana lah ada camera..stakat talipon tuh buleh la...

ni la gamba yang aku rembat dari membe aku


lepas ke muziumm..aku ke city star..tempat biase lah ..kalau gi cairo tak pergi city star tuh macam pergi kuliah tak gosok gigi tahu..hahaha
city star dah abis sale..sob2..mesti readers pelik an.pehal mamat ni suke shopping pulak nih..
aku sebenarnye agak suka jugak la shopping-shopping neh..siyes bes..tak tpu..kat sini sale barang branded dye bes gile..masa cuti winter hari tuh aku ada la jugak bli barang 50LE = RM 25 baju sepasang kat HnM gile an..kat ZARA plak tak ada yang berkenan di hati..masa pergi hari tuh pon aku beli lagi walaupon takda sale nk buat ubat punya pasal..beli jugak lah satu..

itu jelah rasanya cerita oliday aku kali nih..agak kurang menarik untuk readers sekalian..tapi aku rase bes..haha..lantaklah an..asal aku bahagia :)

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Saturday, February 25, 2012

rumahku terbakar??!!

Assalamualaikum..


sedang dibuai mimpi indah, tiba-tiba terdengar orang berteriak "munek!!!" (nama aku).... tersentap ku dari lena terus berlari keluar dari kamar. gelap gelita ...apa yang aku nampak adalah cahaya oren yang sangat teranag daripada bilik prop (salah seorang ahli rumah aku). otak aku yang slow dikala pagi terus bermanipulasi... tong air minuman dicapai deras oleh aku dan berlari ke tempat kejadian.. api mula mengganas... sudah sampai syiling rumah..tanpa berfikir panjang, aku dan sahabat-sahabat (semua ada 5 orang) cuba untuk memadamkan kebakaran tersebut. lari bersilih ganti mencari sumber air yang ada. Alhamdulillah setelah 15 minit, api berjaya dikawal, 20 minit api berjaya dipadamkan.

heartbeat increase, concentration increase, hyperventillation. semua kepenatan. semua tingkap rumah dibuka untuk melancarkan peredaran udara dan juga untuk mengeluarkan asap.
berkumpul ahli rumah semua dibilik aku untuk menghilangkan penat sambil bercerita tentang perkara sebenar kenapa terjadinya kebakaran tersebut.

punca kejadia disebabkan oleh litar pintas daripada heater (sekarangkan musim sejuk). heater tersebut telah menunjukkan symptom-symptom yang kurang elok sejak beberapa hari yang lalu. api tidak merebak dengan pantas. kebakaran hanyalah di dalam bilik prop. kerugian dianggarkan lebih kurang 700-800 LE ....

matahari sudah mula menyinari segenap pelusuk tanta. 6 stengah pagi pada waktu itu.. muka dan baju semua orang hitam. kami menggelakkan rupa masing-masing :P
seluruh rumah menjadi hitam dek kerana asap dari kebakaran tersebut..segala sawang-sawang tidak ketinggalan untuk menjadi hitam sama.
-TAMAT-

sori atas kesekemaan ayat diatas..haha..tapi masa tuh siyes sangat cuak dan LOL pon ada juga.
masa tuh awal cuti winter..so cerita ni berlaku pada bulan lepas..lambat cerita sebab study (kuat sangat aku study :p hahaha)


mangsa kebakaran di tempat kejadian
muke itam gle...semua orang muka gitu bayangkan..hahahahaha

p/s: jagalah keselamatan walau dimana anda semua berada...sesungguhnya bahaya itu ada di mana-mana :)



wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Wednesday, February 22, 2012

Khollos sudahhhh......

Assalamualaikum

hello bro-bro dan sis-sis sekalian.. Hari ini tamatlah midyear exam bagi mahasiswa/wi tahun 3 tanta university.. perasaan hepi berbaur hambar menyelubungi sanubari. Pharmacology diikuti parasitology seterusnya pathology dan last but not least microbiology sudah terjawab oleh kami. tapi tak semua orang ambik semua paper tersebut.. itu adalah stratergy masing-masing..
macam aku jugak..walaupun boleh dikatakan semua subjek tuh aku studi masa cuti hari tuh..tapi aku ambil dua subjek sahaja..Pharmaco dan juga patho..sebab ape ? sebab tuh stratergy aku la..keh3..


hampir sebulan jugak tidak terupdate oleh ku akan blog ini..memohon kemaafan diri ku kepada readers yang tidak pernah jemu menjenguk ke blog yang tak seberapa macam blog ni..
okeh..kenapa ayat aku agak sekema moto bot pada hari ini..sekarang tepat jam 10.13 malam di bumi tanta dan aku belum tidak kurang lebih satu hari ..rase cam gila siket pon ada..sebab abes exam an nak enjoy punye pasal. nak tido tapi rase macam rugi pulak..membazir masa la katekan..haha..
p/s: okeh ini melampau sila abaikan ~~


dalam fatrah imtihan..semestinya sebagai umat islam dalam keadaan semacam itu..iman akan meningkat..doa bertambah-tambah..di lakukan juga solat hajat serta tahajjud..kerap membaca Quran..Alhamdulillah lahkan..tapi jangan lah dekat-dekat exam je buat macam tuh.. teruskan dan buat macam amalan harian.. :)
pesanan penaja ini aku tujukan kepada semua dan juga diri aku sendiri
membe aku ada up status kat FB..katanya nak rehat nanti kat akhirat lah broo!! (weyh..kalo ko bace neh ..jangan bangge pulak ..riak itu tidak baik OK)


cukup lah dulu setakat ini..kawan-kawan..tolong doakan result aku okeh..terimass...
esok aku pergi melancong..tapi dalam mesir jela..nnti aku up story..senanye banyak gle stori aku nak kongsi..TUNGGU YE

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Friday, January 27, 2012

Cuti2!

Assalamualaikum..

semalam bersamaan 26/1 selepas tamatnya kuiz pharmacology pada pukul 3 petang maka bermulalah cuti winter bagi pelajar-pelajar tanta university. duration selama 2 minggu.. indah bukan..haa silap di situ..selepas cuti ada exam yang besar menanti..mid year exam..wuuu...
tak boleh nak berjalan-jalan tour mesir sangat lah ...sikit-sikit tak pe..

ada jugak kawan - kawan aku pergi jalan.. aku malas lah sebab takde duit satu hal..pastuh pikir nak exam sambil jalan sangat tak best okeh!
untuk mengubat duka..aku google ajelah tempat2 yang kawan aku pergi tuh ... untuk berkongsi dengan readers sekalian :p

ni kat sharm el sheikh


deorg pegi gunung sinai jugak..huh..bnyk lagi la tempat2 bes...

p/s: gamba tuh x taw la betol cam gitu ke tak..nanti aku pegi aku letak gamba yang ori k!..huhu
insyaAllah la tahun depan aku tour

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Wednesday, January 25, 2012

#2 Wordless Wednesday

Tuesday, January 24, 2012

#1 tweet - pengenalan...

Assalamualaikum..

tajuk post kali ini tweet..tweet adalah satu nama program berunsurkan islamik yang di singkatkan daripada 'together We Enlight and Enjoy Tafaqquh' yang di anjurkan oleh unit pembangunan insan di tanta pada setiap hari ahad.... aku rasa wajar aku kongsikan di sini untuk kita sama-sama manfaatkan.. aku tidaklah baik untuk bercerita pasal agama ..tapi sekadar perkongsian dan juga peringatan untuk aku sendiri..

untuk pengenalan kali ini, akan aku tulis isi-isi yang sempat aku grab (ckp omputeh) pada malam ahad yang lalu..


galakan menuntut ilmu..

*balajar semata-mata kerana Allah dan meninggal sebelum tamatnya pengajian itu adalah mati syahid...
*usaha yang baik jangan di tunggu-tunggu
*tinggalkan sesuatu pada generasi kita untuk digunakan pada generasi akan datang..

itu sahaja yang sempat aku catitkan pada malam lalu..walaupun sedikit tapi sangat-sangat bermakna untuk kita semua..
cukup lah bagi pengenalan...lain kelas akan aku kongsikan lagi..
ustaz yang bgi ceramah ialah Ustaz Hairul Nizam

jika ada sebarang pertanyaan .tulis la kat komen..aku akn jwb berdasarkan apa yang ustaz syarahkan pada malam tersebut..kalau aku tak dapat jawab..akan aku usulakn soalan kepada ustaz..

kadang-kadang pengetahuan yang luas itu sebenarnya sempit tanpa pengetahuan agama..santapan jasmani tak pernah jemu .. santapan rohani itu perlu ^_^

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Sunday, January 22, 2012

Bulan yang sangat penat ..

Assalamualaikum...

ohoi readers...
nampaknya belog ini sudah kurang pengunjungnya. di sini saya sebagai tuan punya blog ini ingin memohon berbanyak-banyak ampun daripada readers sekalian kerana terlalu lama meninggalkan dunia blog (ceh..poyo je lebeh..macam ramai sangat je nak bukak blog nih.. keh3)

terlalu banyak hal dunia yang aku perlu selesaikan sehingga tak sempat nak update apa-apa kat blog ni. cuti winter aku akan bermula pada minggu ni. start cuti winter maka count down untuk mid year exam pon bermula.. exam aku start 12/2 doakan aku yep !

sepanjang pemergian aku meninggalkan korang, banyak benda aku dah setelkan. nafsu untuk update blog memang membuak-buak tapi banyak aral yang melintang yang terpaksa aku tempuhi..kuiz-kuiz yang uni aku sediakan terpaksa aku renangi, liku-liku tanggungjawab yang diberikan sebagai ketua unit liputan aku redahi maka sampailah aku pada hari ini berdiri menongkah bumi kuatkan diri cekalkan peribadi untuk aku mencoretkan sedikit kata untuk readers kipas susah mati :P
oke dah ...cukup berdrama

post last aku hari tuh pasal borak dan disertakan dengan poster program yang big things come in small packages .. okeh aku nak cerita pasal program tuh ..
menarik, bes, hapening, awesome, sume lah..
program tersebut adalah karnival pelajar perubatan kat tanta dan di sertakan dengan menghargai jasa dua orang seniors tahun 6 yang bakal menamatkan pengajian sebagai medical students pada tahun ini..that means deorg dah jadi doctors..!!!! aku lagi 3 tahun..sob3..

karnival tersebut berlangsung seawal jam 8 pagi dan tamat pada pukul 5 petang waktu mesir.
macam-macam booth ada, daripada booth jualan sehingga lah booth ilmiah. mahasiswa/wi tahun 3 memilih tema science is fun dan gothic sebagai tema pakaian..yang besnya booth kteorg paling happening dan kteorg menang booth terbaek.. antara gambar-gambar yang aku rembat kat fB kawan aku :P

pandai-pandai carik la yang mana aku :P

roket pon ade beb!


rase nak letak gamba muke violent aku lagi..jangan marah ek :p

antara booth2 yang ada

siyesly sangat-sangat bes..tak tipu...huhuhu..
ok lah dulu buat setakat ini..
wassalam

-ubaidillah zulkefli-


Thursday, January 12, 2012

borak-borak tuh salah ke?

Assalamualaikum...

lame dah rase x update nih..huh2...
ade story nak kongsi sket... tadi mase kat kelas, lecturer lambat masuk.. masa tunggu lecturer tuh, aku dengan membe-membe lelaki borak..kecoh jugak la (biase la kalau dah borak tuh mana cover2) ..then tiba-tiba aku dengan budak kelas aku (pompuan la tapi) borak jugak..kuat jugak deorg borak.. deorg borak pasal pelajaran..errkkk aku terkesima sekejap.. then aku noticed..borak tanpe hala tuju itu adalah buang masa! tp kteorg budak-budak lelaki borak tuh bukan borak kosong lah..kteorg borak pasal event akan datang..dekat tanta nnti ade event.. it sounds like interesting jugak dye pnye perjalanan program..

ni la program yang bakal berlangsung..nanti aku up story pasal ni..


okeh berbalik kepada borak... aku kagum gila pasal orang yang borak pasal pelajaran tadi.. baru lah ada suasana students life di situ.. so..borak tuh boleh..tapi borak something yang membina .. yess..tuh yang kita perlu buat..
pesanan ini adalah untuk diri sendiri dan jugak sahabat-sahabat sekalian..

adakah borak anda membina???

wassalam..
-ubaidillah zulkefli-

Sunday, January 8, 2012

3 tahun sudah aku kat mesir

Assalamualaikum

dua hari cuti hujung minggu telah aku habiskan di Cairo. kat Mesir macam kelantan jugak.. cuti hari jumaat dengan sabtu.. hari jumaat aku ke Cairo sebab nak jumpa kawan aku yang bercuti ke sini. dia dari UK belajar kat imperial collage ... solat jumaat sama2 kat masjid Al azhar

gamba dipetik dari google tercinta..
aku xde camera..nk gune phone pon xleh sbb nokia torch xde camera jugak.=p



lepas jumaat kteorg gi shopping kat pasar hussien ...salah satu tempat yang pemes kat cairo...ramai orang yang amat kat situ..aku sebenarnya tak berapa suka sangat pergi situ sebab aku pernah gaduh dengan arab yang jual-jual kat situ.. gamba pasar tuh takde pulak ..sori lah yee..nanti aku kaye aku gi bli camera aku letak gamba kat sini :)
dalam kol tiga lebih (lepas asar )aku berangkat balik ke tanta..

gamba kwn aku yg dari imperial tuh kat tengah2..
aku kat belah kiri (rambut yg x ensem tuh)..belah kanan tuh tabon..
kteorg satu skolah mse mude2 dlu =p


pada hari sabtunye pulak..aku ke cairo lagi..ada org mintak teman..gerak seawal jam 9 pagi (xbrape nak awal sangat dah sebenarnye) dengan menaiki tremco (van ) sampai ke stesen metro shoubra al khiemar..dari situ kalo amek tut-tut (sejenis kenderaan) dalam 3 egyption pound menuju ke ASFOUR.. Asfour adalah tempat jual kristal yang besar kat mesir ni..banyak cawangan2 di sekitar mesir..

daripada chandeliers nye sampai la ke barang kemas memang lawa-lawa..aku kekurangan wang masa tuh..bawak 100 LE (egyption pound) jek hahaha..miskin gile.. bagi sesiapa yang penggemar kristal tuh memang best la sampai asfour ni.. barang-barang kemas sebenarnya takde lah mahal sangat.. sekitar 30LE dah boleh dapat sebernya..macam2 bentuk dan warna..

ni la sedikit gambar yang dpetik dari incik google



lepas ke asfour, kami ke pasar hussien pulak..then pergi ke tahrir square ...tempat orang menjatuhkan rejim husni mubarak hari tuh..kteorg pergi ke situ bukan nak berdemo ke hape..pergi sebab nak naik love boat..hahaha bes jugak naik mende alah tuh.. kapal kami tak ada orang arab menari..maybe bukan tuah kami kot..hahahaha..kapal lain yang aku tengok ade orang menari an..mak aih..dasat sungguh...lepas tuh kami ke city star pulak...pusat beli belah yang sangat-sangat besar di mesir..


baru siket jalan-jalan kat mesir ni..banyak lagi tempat yang aku belom sampai..cuti winter yang bakal menyusul nanti aku tak pergi mana-mana rasanya sebab bukak je cuti terus exam..dah 3 tahun kat mesir tapi banyak lagi tempat aku belum sampai....wuu...
okey la yee..panjang lah sangat sudah post aku ni..

wassalam
-ubaidillah zulkefli-




Friday, January 6, 2012

kisah demam yang dah sembuh

Assalamualaikum..

due tiga hari lepas kesihatan aku tak berapa nak sehat sangat ... maklom lah sekarang dekat mesir tengah winter season.. heater aku pulak rosak sebab aku guna heater buat bakar roti dengan panaskan pizza masa musim panas yang lepas..gile bukan??haa...tapi itu dipangil kreatif level : arab..hahaha .. salah satu faktor demam aku rasanya sejok yang melampau ...

lepas tuh an ... satu hari sebelom demam aku semboh..aku ada terima panggilan...suruh aku turun bawah (rumah aku tingkat 5) ..pangilan tersebut daripada cik huny.. ade seprise katenye..aku dengan kedemaman turun lah dengan merangkak2 (hiperbola) oleh kerana demam, xterdaya nk turun dengan betol hahaha.. pastuh tngk cik huny tersengeh dengan lebarnya sambil memegang kotak yang besar dan ade beg plastik kecil (supik glenya dlm bhase kelantan) ditagannya..

dihulurnya aku kotak tersebut yang dikatakan seprise tdi tuh..aku punye lah hepi dalam terkesimaan..tak mampu buat apa-apa..hanya senyuman lebar yang berjaya ku ukir..dah cakap tq sngt..tuh je yang termampu..cik huny bagi plastik beg jugak..dalam tuh ada sepasang socks yang sangat comel berbulu-bulu dan sangat tebal,warne biru, ade cokelat snickers jugak...

gamba heater ni same sbijik ngn heater aku tq cik google

maaf gamba stokin biru comel dan snickers aku malas nak cari..gamba pon aku tak ambik sebab aku xde camera...henset sangat cikai..keh3..


lepas aku cakap tq tuh aku terus naek atas dengan hepi gile dan membuka kotak yang besar tadi dengan girangnya..terus pasang heater tuh...malam tuh aku tido dengan heater dan stokin biru ..esoknye alhamdulillah dengan izin Allah demam aku sembuh...

thnx banyak-banyak ye cik huny..jasa mu akan ku kenang!
hmmm sape cik huny yang sebenarnye ni ek??..haaa tuh nnti aku cerita di episode akan datang..

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Wednesday, January 4, 2012

Kenapa Hidup kita sangat-sangat bererti??

Assalamualaikum..

aku baru lepas ter-tengok dekat wall cik huny..haa nak tahu siapa cik huny tersebut..nanti aku akan ceritakan..sekarang ni aku nak story pasal apa yang aku tengok tadi..
dan cuba relate-kan dengan kehidupan seharian ... aku sebenarnya request cik huny untuk buat satu post pasal video yang aku tengok tuh..malangnya cik huny tak nak...
katanya blog aku ditulis dalam bahasa melayu..dan bahasa melayu dye tunggang langgang..padahal aku dengar dye cakap dengan aku elok je..paham jek bahasa yang dye gune..
so cik huny pon cakap dye bagi idea tp suruh aku karangkan..
okeh berbalik kepada cerita pada video berkenaan.. aku sebenarnya xberapa reti sangat nak translate ape yang cik huny tulis tuh..nak guna google translate kang nanti dye translatekan pelik-pelik pulak..
so aku paste jela apa yang cik huny bagi tuh...keh3..cik huny..jangan marah taw..


penah x 1 ari kte ase down sgt2..
and most of the times things doesnt go our way,
like not how we wanted or planned,
we get so upset,
everything feels like the end of the world..
nothing nor anyone is good enough to cheer us up,
or make us feel life is worth living,
u deny and resent god's ways,
"why me?, why does this happens to me??, what did i do to deserve all of this???"
or worst of all you may even stop believing in everybody else, youself, and even god.
before immersing yourself with all of that emotions, watch this video, and tell to the face in the mirror,
LIFE IS WORTH LIVING, thank Allah SWT i have wht i have and lost wht ive lost.

jom tengok video..mintak masa korang 15 minit jek.(walaupon aku dah ambil mase due minit untuk korg baca post ni start dari awal)




tengok sampai abis taw video tuh..sangat memberi erti kepada sebuah kehidupan

ni ada sedikit sinopsis pasal video tuh..dan sedikit description pasal penyakit yang orang tuh hadapi..
a story about sisters, lucy and hannah betts, dana and lara bowen, who have a rare genetic disorder
Harlequin Ichtyosis. A condition where the skin grows so rapidly, 2 weeks of skin growth in a day.
This happens one in every million babies born, and more rarely this happens to siblings.
This disease is so life threatening that the term of the disease use to be harlequin foetus,
as most may die during the intra uterine life. (before being fully developed as a baby)

harapan 4 org tuh
lucy - kalau kulit dia elok..dia nak tahu macam mana rupa muka dia yang asal
hannah - dia tak kesah .sebab Tuhan dah cipta dia special macam tuh...
dana - dia harap dapat okey sikit jek..

video tuh ada 3 siri sumenye..kalau rajin nak tengok bolehla gi youtube..

oke lakot...cukup panjang post kali ini..tapi post ni sangat bererti..
thnx cik huny

wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Tuesday, January 3, 2012

nikmat Allah kpd hambaNYA ^_^

Assalamualaikummm...

alhamdulillah demam dah sembuh...
tapi dah tak sempat nk blogwalking sangat..kene pgi kelas..skrg kol 8 suku waktu mesir..kelas aku kol 8.stngh..okeh2..chow..hahahaha..sje nk update jugak.. :))

#1 Wordless Wednesday

p/s : klik utk gamba lebeh jelass..
first time uat WW.. :)

Whisper Of Light Towards Faith

Assalamualaikum...

tajuk post kali ni agak gempak kerana ditulis dalam bahasa 'omputeh'keh3.. tajuk di atas adalah salah satu nama program yang telah dianjurkan di University of Tanta baru-baru ini.. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan mahasiswa Mesir mahupun Malaysia... Penceramahnya adalah Idris Tawfiq.. maybe ada yang tak pernah dengar .. beliau seorg paderi yang telah convert masok islam..dye pnye speech subahanallah sedap sangat..ayat-ayat semuanya menusuk kalbu..bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal Idris Tawfiq ni..boleh la search kat google ke youtube ke..

nih la Mr. Idris Tawfiq



dalam talk tersebut, beliau telah menceritakan macam mana perjalanan sebelum pelok islam dan selepas pelok islam..That's the beauty of Islam...


gamba ni diambil lepas tamatnya program
aku kat blakang skali belah kanan..haha



program ini adalah kolaborasi pertama pelajar Malaysia dengan pelajar Mesir..insyaAllah semoga ukhwah yang terjalin akan membawa ke Jannah..


haa..ni la kerja aku kat sini..rakam video..

dah kot untuk post kali ni..

credit to
* pengiran92 (photograper)
*nomey ahmad (aku amek gamba ni kat fb dye)
*Perubatan Cawangan Tanta dan FLASH family (penganjur program ni)


wassalam
-ubaidillah zulkefli-

Monday, January 2, 2012

Sakit adalah pnghapus dosa

Assalamualaikum

alhamdulillah hari ini aku sedikit berkelapangan untuk share something kat sini..sangat lama sudah aku tak menulis. masa yang aku miliki selama 24 jam satu hari macam tak pernah cukup..hari-hari berlalu laju bukan main lagi.. hari ini dah dua hari kita semua berada dalam tahun baru ..Alhamdulillah dan rasa syukur kerana masih lagi dberi kehidupan.


okey lah..berbalik kepada tajuk penulisan aku pada hari ini..aku nk bercerita pasal sakit..apa-apa sakit lah kan..sakit demam ke sakit accident ke sakit ape2 jela melainkan sakit hati (iri hati) bukan sakit hati yang hepatitis tuh sesungguhnya ia adalah penghapus dosa..


hari tuh aku ade pergi ikot kelas sirah..ustaz hairul nizam..bnyk benda yang di terangkan kat situ..yang aku nak highlightkan kat sini pasal sakit jela..ada suatu kisah kalau aku x silap.. ada seorg ni jatuh tangga..tngh2 jatuh tuh dia boleh tersenyum..lepas jatuh ada orang bertanya 'apsl ko senyum pulak time jatuh td'(tp bukan ayat tuh la ) lek2 je orang jatuh tuh jawab..sakit tuh penghapus dosa...

kalau lah org biase yang jatuh tuh..msti tangge yang salah..segala maki jampi serapah sume lah dtujukan kat tangga..bile dpikirkan balik lah kan..betol la ape yang dikatakan..masa sakit la ingatan kita kat Allah lebih..mungkin masa-masa sihat tuh sedikit lalai...so pengajaran kat sini..kalau sakit tuh jangan sekali-kali salahkan Allah sebab bagi sakit. sebaliknya syukurla sebab dapat menghapus dosa2. masa sakit ingtkan Allah then meninggal insyaAllah syurga tempatnya..tp bukan nak kata masa sakit baru nak kne ingt..masa2 lain pon kne slalu ingt..
tngk nikmat Allah bagi kat kita sangat beskan..sakit pon dosa boleh terhapus..next time aku story pasal nikmat Allah pulak keyh..





dah cukup panjang aku rasa..cukup la stakat ni..kalau salah tuh tolong perbetulkan
tujuan bukan nak bagi ceramah ke ape..saja-saja nak berkongsi dan bagi peringatan utk diri sndri..
p/s :aku demam..sebab tuh post pasal sakit2 ni..keh3..

wassalam
-ubaidillah zulkefli-